Pages

Friday, December 31, 2010

selamat berjuang


untuk kawan2ku..... berjuanglah ibarat kita akan mati keesokan harinya...........

TAHUN BARU 2011...



selamat tinggal tahun 2010.........
selamat datang 2011.........

01.01.11...... tarikh keramat ini telah membuktikan persahabatan antara aku dan member2 serumah ku........ kami sambut tahun baru di dataran merdeka......... hahahha best giler..... seumur hidup aku xpernah join konsert mcm 2... best giler kot...........

aper pon terima kasih kepada kawn2 ku..........

ok..... kalau tahun batu nie.... selalunya orang akn pasangkan azam baru..... betol.......... korang ada azam baru tak.......... kalau korang ada azam baru..... aku pon ada juga............ korang nak tau x apa azam aku tahun nie..........

AZAM BARU... 2011....

1. NAK JADI JUTAWAN...... INSYAALLAH....
2.NAK JADI ANAK YANG BAEK KPD KELUARGA.........
3.NAK BERGIAT DALAM BLOG DGN LBH AKTIF LAGI......

itu jer dulu kot......... nanti kalau ada lagi aku gtau korang k........

di harap tahun baru nie.... akan memberi lebih banyak manfaat kepada kita semua k.............


Tuesday, December 28, 2010

Hari Takkan Selalunya Cerah.....

Assalamualaikum kawan2........

Hari Takkan Selalunya Cerah...... bunyinya macam menarik...... tetapi mempunyai maksud yang mendalam........ bagi sesiapa yang mempunyai perasaan berkemungkinan akan memahami maksudnya......

kita hidup dimuka bumi Allah ini adalah sebagai hamba yang ditugaskan sebagai pemimpin...... heheheh dah macam penceramah la pulak.......

bersambung.....

Monday, December 27, 2010

salahkah aku....

Assalamualaikum......

kemungkinan besar aku telah mengguriskan hati orang2 yang ku sayang.........
kemungkinan juga aku telah menghancurkan hati orang yang ku sayang......
berkemungkinan lagi aku telah membunuh orang yang ku sayang........
tergamaknya aku melakukan perkara sedemikian............

tetapi salahkah aku untuk berkongsi kasih sayang dengan orang yang ku sayang.......
salahkah aku untuk mengambil berat tentang orang yang ku sayang.....
salahkah aku untuk berkongsi masalah dengan orang yang ku sayang......
salahkah aku untuk mendengar masalah yang orang yang ku sayang......
salahkah aku untuk bergembira dan menggembirakan orang yang ku sayang.......
salahkah aku..............!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kenapa orang yang pernah aku sayang selalu menyalahertikan kebaikan ku.......
mengapakah orang yang ku sayang selalu berkata aku nie selalu mempermainkan persaanya.......
mengapakah aku!!!!!!!!!!!

aku berbuat demikian sekadar untuk membahagiakannya.......
aku berbuat demikian sekadar untuk mengembirakannya......
aku berbuat demikian sekadar untuk dia melupakan masalah yang dihadapi olehnya.....
aku nak melihat orang yang ku sayang sentiasa gembira, sentiasa tenang, sentiasa tiada masalah.... tetapi disalah ertikan......

pada aku, orang yang ku sayang itu hanyalah sebagai kawan baek @ sahabat.... bagi ku tidak akan hubungan special diantara kami......... dan bagi sahabat nie tempat untuk berkongsi poblem dan tempat untuk bergembira..... tetapi semua itu bertukar kpd kasih dan sayang........ aku tak dapat menerima perubahannya.......

salahkah aku......... bagi aku semua orang yang ku sayang hanyalah kawan baek dan sahabat dan tak lebih dari itu....... mungkin kadang2 aku ada terlepas cakap sayang or aper2 yang boleh menyebabkan perasan seseorang perempuan itu berubah dari kawan kepada sayang..... aku pon tak sangka pekara ini kan berlarutan sampai sekarang.......

sekarang bertambah parah........... bak kata doktor.... barah yang berada di tahap kritikal.... barah iti memang dah tak ada ubat lagi......... sakitnya...... waduh...orang yang ku sayang dan ku anggap sebagai sahabat sekarang telah membenci diri ku....... hehehehhe,,,...........

muking ini balasan aku, sebab aku memang berharap ada orang yang akan membeci diriku/..... balasan2.. padan muka aku..... hahahaha.....
tapi sekarang aku dah tak kisah.... si dia nak beci atau nak buat apa pon aku dah tak kisah...... yang penting sekarang hidup ini perlu diteruskan....... banyak benda penting lagi yang boleh aku pikirkan.......

sekarang.........

bersambung///////........





Tuesday, December 21, 2010

TANDA-TANDA KIAMAT

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

23. keluarnya dajjal

FAKTA TENTANG CINTA

10 Fakta Cinta

1.Hasrat sering bercampur aduk dengan cinta tetapi lebih baik kamu memfokuskan pada daya tarikan fizik terlebih dahulu kerana ia penting untuk menggambarkan cinta.

2.Cinta adalah sebuah perasaan untuk menyayangi.Jika kamu menghulurkan cinta,yakinlah bahawa ada rasa sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu.

3.Cinta memang senang pudar andai tidak bijak membajainya.Saat kamu ditinggalkan cinta,jangan menyalahkan diri kerana is sudah ketentuan.

4.Percayalah,cinta tidak pernah menyakitkan.Jika si dia menyakiti kamu secara fizikal & emosi,pasti ini bukanlah cinta yang sebenarnya.

5.Cinta sering menguji kekuatan diri dan emosi.Jika kamu mengharungi dunia cinta tanpa mengenali erti keperitan itu bukanlah cabaran yang sebenarnya.

6.Cinta sering mengundang air mata gembira ataupun duka.Air mata yang mengalir untuk lakonan menyembunyikan sifat hipokrit di sebalik kepalsuan cinta.

7.Cinta banyak memberikan pengalaman suka dan duka.Setiap pengalaman itu ada pengajarnya.

8.Cinta tidak semestinya di putaran teratas tetapi akan berada di bawah bila tiba masanya.Jika di bawah,jangan cepat berputus asa,berusahalah untuk menaikkannya semula sebab kamu telah memilih jalan tersebut.

9.Cinta bukan sahaja bergantung pada emosi dan kata hati,cinta juga memerlukan pemikiran yang rasional dan positif.

10.Jangan mendustai cinta kerana sebuah kesucian tidak wajar dikotori. Cinta suci merupakan cinta yang terakhir wujud di hati kita.

Kesimpulannya,

kita sebagai hambaNYA yang bertaqwa,haruslah memastikan yang cinta kita itu biarlah ikhlas keranaNYA kerana di situlah terletaknya keberkatanNYA…Ingatlah sesungguhnya cinta yang kekal abadi hanyalah Cinta kita terhadap Dia yang Maha Esa !!

Sunday, December 19, 2010

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa...

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah....


3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &
perubahan muka'. Adayang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik...



4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &

hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......




6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....



8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah
hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...



10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung(membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...



11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu'- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie......



12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...


13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai
dah turun salji... Mina dah kene banjir....



TOLONG FORWARDKANKEPADA TEMAN² LAIN!


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:

'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

PEYALAHGUNAAN DADAH

Pengenalan

Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan dengan kepentingan rawatannya. Hari ini istilah yang lebih sesuai digunakan ialah penyalahgunaan bahan, yang merangkumi alkohol, tembakau, kokain, marijuana (ganja), dadah-dadah perangsang, LSD dan inhalan ( bahan yang disedut ). Perkataan bahan ini lebih sesuai berbanding dengan penggunaan perkataan dadah kerana dadah merupakan bahan kimia pembuatan. Manakala kebanyakan bahan yang disalahgunakan itu dihasilkan secara semulajadi (seperti candu) yang tidak boleh digunakan oleh manusia (seperti menghidu gam)
barang dadah boleh digunakan secara sah dari segi perubatan sekiranya ia dipreskripsikan atau diberikan oleh doktor. Contohnya pesakit kanser yang dirawat dengan morfin untuk menghilangkan penderitaan sakit kansernya hingga beberapa tahun, tetapi ia tidak mendatangkan kesan ketagihan padanya.Begitu juga dengan mengambil minuman beralkohol bersama rakan-rakan serta orang dewasa yang merokok diterima secara terbuka oleh masyarakat. Namun begitu, penyalahgunaan dadah lebih ditakrifkan sebagai satu perlakuan yang tidak berfaedah serta tidak diterima oleh masyarakat umum. Penggunaan bahan (samada dadah atau alkohol) untuk mengubahsuai atau mengawal emosi atau keadaan minda secara tidak sah dan membahayakan diri sendiri dan orang lain dianggap sebagai salahguna. Penggunaan steroid anabolik di kalangan atlit dalam jangka masa yang panjang boleh mendatangkan kesan yang merbahaya. Secara amnya kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuklah kemalangan atau kecederaan, pitam, keganasan, pembunuhan dan juga bunuh diri.

Asas Saintifik

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja melibatkan cara tindakan atau fungsi dadah tersebut, ia juga merujuk kepada gangguan fungsi serta maladaptasi yang disebabkan oleh penggunaan yang salah terhadap ubat-ubat tersebut. Otak merupakan organ utama yang mengawal keseluruhan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang itu. Dadah dan alkohol boleh mengganggu fungsi asal otak dan boleh mengakibatkan gangguan di dalam pergaulan dan prestasi kerja serta membawa kepada tindakan memusnah sesuatu. Gangguan fungsi ini dipengaruhi oleh sifat-sifat bahan kimia dan kesannya yang terdapat di dalam dadah yang diambil. Personaliti penagih dadah tersebut memainkan peranan dalam menentukan sama ada mereka telah menyalahgunakan dadah atau tidak.

Faktor - Faktor Risiko
Penyalahgunaan bahan merupakan masalah yang berlaku dalam setiap lapisan masyarakat. Ia juga melibatkan golongan berpendidikan tinggi, ahli-ahli profesional di samping mereka yang tidak berpendidikan dan penganggur. Terdapat pelbagai faktor yang boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan dadah:

� Faktor biologi
1. Salah satu tanggapan yang salah mengenai konsep kehidupan moden ialah, jika anda sakit, terdapat pelbagai pil atau ubat-ubatan yang mampu 'memulihkan' anda. Malangnya pil tidak boleh menyelesaikan semua masalah anda. Selalunya, perubahan dalam pengambilan diet, gaya hidup, pergaulan dengan rakan gaulan ataupun etika kerja boleh membawa kepada perubahan yang positif dan kelainan yang berpanjangan berbanding dengan ubat-ubatan.

� Faktor psikososial
1. Kehidupan moden sangat sibuk dan merumitkan. Bagi kanak-kanak dan golongan remaja, tekanan untuk membesar dengan cara yang mereka rasakan betul adalah amat mencabar. Tekanan bertambah setiap hari pada setiap individu. Kadangkala arus kehidupan yang terlalu pantas menyebabkan ramai yang kurang mampu untuk menanganinya. Tiada siapa yang memiliki imuniti terhadap tekanan atau stres dan kerungsingan. Tekanan yang biasa dihadapi termasuklah tekanan dari sekolah, tekanan untuk berjaya di dalam permainan dan sukan, tekanan untuk memuaskan hati orang lain dan juga tekanan untuk sentiasa diterima ramai.

� Faktor sosial
1. Masyarakat zaman ini disogokkan dengan imej yang ditonjolkan oleh media seperti televisyen, radio, video dan internet. Adalah amat mustahak untuk menyedari bahawa apa yang ditonjolkan di dalam media ini hanyalah imej rekaan semata-mata dan tidak melambangkan kehidupan yang sebenar. Walaupun pengiklanan mahukan kita minum minuman yang tertentu serta memakai seluar berjenama seperti yang diiklankan, pilihannya masih lagi terletak di tangan kita sebagai pengguna. Begitulah juga keadaannya dalam memilih untuk menjadi perokok ataupun peminum arak.

2. Gaya hidup mereka yang mewah dan terkenal seperti yang ditonjolkan dalam dunia hiburan mampu menggoda kita semua untuk mengecapi populariti sedemikian rupa. Tekanan untuk menjalani kehidupan yang dikatakan 'berarus deras' ini sangat menggoda kepada kebanyakan masyarakat zaman ini.

Tanda- Tanda dan Gejala
Berikut merupakan ciri-ciri penyalahguna dadah dikesan:
a) Gejala fizikal
� Berpeluh
� Meremang bulu roma
� Pening kepala
� Menggigil (tremor)

b) Gejala psikologi
� Keresahan
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Kerisauan
� Gangguan emosi dan perasaan

c) Gejala perlakuan
� Sentiasa ponteng kerja
� Penurunan prestasi kerja
� Digantung atau dibuang sekolah
� Mabuk semasa memandu yang boleh menyebabkan kemalangan
� Ditahan kerana mengganggu ketenteraman awam
� Mencuri


Di antara dadah-dadah yang sering disalahgunakan termasuklah kanabis (ganja), amfetamin, ekstasi dan heroin. Gejala-gejala yang biasa dipamerkan oleh penyalahguna dadah adalah:

� Gangguan koordinasi
� Mata merah
� Insomnia - tidak dapat tidur
� Hilang selera makan
� Penurunan berat badan
� Kemurungan
� Cakap banyak
� Tidak dapat mengimbang diri
� Loya dan muntah
� Mengetap gigi dan rahang
� Peningkatan tenaga
� Kerap menggosok hidung
� Berpeluh berlebihan
� Mengantuk
� Menggunakan tandas terlalu lama
Walau bagaimanapun, sesetengah dadah menghasilkan gejala yang khusus. Contohnya, mempamerkan simptom yang dikenali sebagai cocaine bug iaitu rasa sesuatu merayap di atas kulit. Ekstasi pula mempamerkan gejala yang ganjil iaitu rasa tersangat dahaga.


Komplikasi
Penggunaan dadah dan alkohol yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Alkohol terutamanya, mampu merosakkan hati, otak dan jantung. Hati yang telah dirosakkan oleh alkohol kurang berupaya untuk membuang sisa-sisa toksik yang terkumpul di dalam badan. Individu yang berada dalam keadaan koma hepatik menjadi lemah, mengantuk, pengsan, bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Koma hepatik boleh membawa maut dan perlu dirawat dengan segera.

Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak, hati, paru-paru, tulang dan sistem imun. Kuman yang berjangkit dari jarum yang tidak steril itu kadangkala boleh menjangkiti otak dan menyebabkan meningitis serta otak bernanah. Virus hepatitis yang juga boleh merebak melalui perkongsian jarum, boleh
menyebabkan kerosakan hati. Kebanyakan penagih dadah akan mula menyuntik dadah secara subkutanus (di bawah kulit) yang boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit atau kudis. Apabila dadah telah disuntik ke dalam vena ( salur darah ), parut boleh terbentuk pada tisu yang terlibat dan menjadikan salur venanya tersumbat. Seterusnya masalah dengan sistem imun pula akan muncul. Oleh kerana HIV (Human Immunodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum, ramai penagih dadah akan dijangkiti penyakit AIDS.

Penggunaan dadah yang berlebihan boleh membahayakan nyawa kerana ia boleh menyebabkan gangguan pada pernafasan dan seterusnya boleh membawa maut. Ini disebabkan oleh bekalan darah ke otak telah berkurangan, menyebabkan koma dan seterusnya membawa maut.

Ujian - Ujian

Penyalahgunaan dadah yang masih di peringkat awal jarang-jarang dapat dikesan melalui pemeriksaan fizikal. Penyiasatan yang biasa dijalankan termasuklah mengesan bahan yang disalahgunakan itu di dalam air kencing ataupun di dalam darah. Namun bagitu, ujian air kencing ini adalah tidak sensitif bagi mereka yang mengambil dadah secara bersela (tidak berterusan). Kes penyalahgunaan alkohol pula boleh dikesan pada nafas atau darah individu yang terlibat. Pengesanan pada rambut pula adalah berguna bagi mengesan dadah yang telah disalahgunakan untuk jangkamasa yang panjang.

Pencegahan
Pencegahan primer melibatkan bantuan kepada individu untuk mengelakkan diri dari ketagihan. Ini haruslah ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan remaja yang berisiko. Salah satu pendekatan yang baik ialah dengan menekankan terhadap kesan buruk penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Pencegahan sekunder terdiri daripada mencari kesan-kesan yang merbahaya yang dibawa oleh bahan yang disalahgunakan itu sebelum sebarang gejala penagihan muncul. Mengekalkan kewaspadaan terhadap tanda-tanda awal penagihan dadah atau pengalaman lampau yang boleh menjurus kepada penagihan adalah cara untuk mengesan lebih awal tabiat penagihan atau penagihan semula. Oleh kerana penagihan adalah gangguan kronik yang boleh berulang, setiap individu masih memiliki risiko mengulangi semula tabiat buruk mereka ataupun membawa masalah baru dengan menggunakan bahan-bahan lain.

Akhir sekali, pencegahan tertier melibatkan rawatan kesan perubatan dari dadah yang telah disalahgunakan dan membantu penagih dadah supaya dapat menerima rawatan bagi mengatasi ketakupayaan mereka seterusnya.

Secara ringkasnya, cara yang paling biasa digunakan untuk mencegah penagih dari mengulangi tabiat mereka adalah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan, kaunseling, dorongan keluarga dan manipulasi sekitaran. Ini kemudiannya diikuti dengan mencegah mereka dari bergaul semula dengan rakan-rakan lama mereka yang turut sama terlibat dan juga mencegah mereka daripada memperolehi bekalan dadah dengan mudah. Memantau perkembangan individu yang terlibat adalah amat penting.

COPA CABANA RESTAURANT

Assalamualaikum kawan2......

Copa Cabana Restaurant..... sudah tentu kawan2 tertanya2 apa i2 Copa Cabana Restaurant..... ok.. macam nie ceritanya........
Saya dan kawan2 sekelas berada di tahun akhir sesi pembelajaran di Kuala Lumpur Metropolitan Universiti (KLMU)...... kami dikehendaki mengambil subjek Advance Food Concept... di dalam subjek nie, kami diwajibkan untuk menguruskan sebuah restaurant dari semua sudut...... antaranya mengeluarkan modal,pengurusan marketing, service dan termasuklah masak sendiri...

ok... kawan saya nie ada yang mengambil bidang pengurusan hotel dan ada juga mengambil bidang masak memasak atau pon senang cita chef bak kata orang puteh.. saya pula mengambil bidang masak memasak.. dengan menggunakkan kelebihan masing2, kami pon menyahut cabaran untuk menguruskan sebuah restaurant yang diberi nama Copa Cabana Restaurant...

Copa Cabana Restaurant nie terletak di bangunan Wisma Takurdas(KLMU) terletak di sebalah bangunan Sime Darby. waktu beroperasi hanya pada hari Rabu jam 11.30 pg hinggalah 3.30 ptg.... itu waktu mula-mula restaurant kami baru dibuka.. tapi sekarang waktu beroperasi pada pukul 8.00pg hingga 5.30pg........ Sebelum restaurant kami dibuka..... kelas yang mempunyai pelajar seramai 28 orang telah diundi untuk dibahagikan kepada 2 kumpulan... kumpulan A dan kumpulan B.. setelah dipilih, saya diletakkan didalam kumpulan B..... Kumpulan B bukan bermaksud lemah k..... tetapi untuk memudahkan tugas yang bakal di beri oleh chef kami....

Setiap minggu dari setiap kumpulan akan dipilih salah seorang daripada kalangan kami untuk menjadi Chef On the Day (C.O.D) dan Manager On the Day ( M.O.D ). Pada minggu pertama Restaurant dibuka Kumpulan A ditugaskan untuk memasak dan Kumpulan B ditugaskan dibahagian F&B dan service...... dan C.O.D pertama ialah Muhammad Khalis dan M.O.D pula Affiq Aizzuddin... keduanya member baek saya.......

Bersambung........







Puisi Untuk Seorang Sahabat

Untuk Seorang Sahabat

Mungkin waktu kan terus berlalu, membawa buih-buih pergi menjauh.
Dan manusia hanyalah butir pasir berserak di hamparan zaman, yang mengikuti kemana angin takdir berhembus.
Dan mungkin waktu melapukkan batu, membuat besi menjadi karat; Mengubah dunia menjadi tidak seperti yang kita kira dan angankan.
Walau sungguh pun waktu berkuasa, persahabatan sejati takkan mudah pudar olehnya.

Akan kenangan saat mimpi-mimpi bersemi semerbak, dan akan kenangan saat mimpi-mimpi terhempas berkeping di jalan berlubang kehidupan -- dan kau ada di sana sebagai sahabat yang memahami segala keluh kesah.
Atas kebaikan yang mungkin tidak kau sadari, oleh sekedar canda yang membuat hidup ini lebih memiliki arti; menjauhkan rasa nyeri sedari.

Dan sahabat, jika apa yang kita miliki memang persahabatan yang tulus, maka ada tali silaturahmi yang mesti kita jaga.
Walau jarak merenggangkan ikatan, dan harapan-harapan membawa kita berlayar ke negeri-negeri asing; ketahuilah bahwa ada seorang sahabat yang akan membantumu jika engkau membutuhkannya.

Kado ini tak lebih berharga ketimbang kebaikanmu selama ini. Hanya sekeping tanda mata agar kau tak lupa, bahwa ada – ada bahagia untuk menjadi seorang saudara